GEORGE TOWN – Sebanyak RM450 juta diperuntukkan Kumpulan AmBank bagi membiayai projek pembangunan mampan di Pulau Andaman, di sini yang dikendalikan oleh Tanjung Pinang Development (TPD), anak syarikat penuh milik Eastern & Oriental Berhad (E&O).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir, perkongsian dengan E&O dalam membangunkan Pulau Andaman itu menetapkan satu ‘mercu tanda’ bahawa kedua-dua pihak sedia untuk bersatu dalam mengurangkan kesan alam sekitar, selain mempromosikan masa depan yang lebih mampan.
Katanya, AmBank memahami bahawa institusi kewangan turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan modal ke arah projek alam sekitar, di samping menggalakkan peralihan kepada ekonomi yang lebih ‘hijau’.
“Oleh itu, kami bangga menjadi sebahagian daripada ‘pergerakan yang semakin berkembang’ ini khususnya bersama TPD dalam inisiatif mereka ke arah ekonomi yang lebih mampan dan berdaya tahan, sekaligus melengkapkan kerjasama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: