PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM115 juta kepada Senibong Cove Development Sdn. Bhd., anak syarikat WM Senibong Sdn. Bhd.; dan RM78 juta kepada JBB Builders (M) Sdn. Bhd., kontraktor bertanggungjawab untuk projek penambakan tanah seluas 150 ekar (60.7 hektar) di Senibong Cove.
Senibong Cove, yang terletak di seberang Selat Johor berhadapan dengan Sembawang, Singapura merupakan pembangunan tepian air mewah di Johor Bahru dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM5 bilion.
Dengan keluasan 215 ekar (87 hektar), komuniti eksklusif itu memberi definisi baharu kepada gaya hidup di tepi pantai dan buat masa ini, Senibong Cove telah melengkapkan pembangunan lebih 1,400 rumah, marina bertaraf dunia dan laluan pejalan kaki tepi pantai yang indah.
Projek yang dijangka siap pada 2028 itu akan membolehkan pembangunan lebih 4,000 kediaman teres mewah, pangsapuri, hotel dan pangsapuri servis, premis runcit, serta kemudahan pelepasan kastam dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
