Site icon Kool FM

AmBank sasar RM4 bilion pembiayaan hijau


PETALING JAYA – Kumpulan AmBank berhasrat untuk menggandakan jumlah pembiayaan hijau yang dikeluarkannya tahun ini kepada RM4 bilion, berbanding RM2 bilion yang dicapai pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Ekeskutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pembiayaan hijau yang dikeluarkan pihaknya terutamanya adalah dalam sektor hartanah kediaman, gudang dan pemasangan panel solar di kilang, selain untuk industri kenderaan elektrik (EV).

“Kalau kami boleh menggandakan pembiayaan hijau sebanyak dua hingga tiga kali tahun ini, ia adalah amat baik buat kami.

“Ini bagaimanapun tertakluk kepada permintaan pasaran… Kadar pengambilan untuk pembiayaan hijau masih tidak cukup pantas dan kesedaran yang lebih adalah perlu dalam kalangan syarikat antaranya berkenaan bagaimana untuk mengukur dan mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau mereka.

“Kadar faedah bagi pembiayaan hijau juga rendah kerana risikonya dianggap lebih rendah, kami mampu mengambil margin yang lebih sedikit…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version