PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah menyumbang RM50,000 kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi pembelian 55 tablet termasuk langganan data internet selama setahun untuk murid kurang berkemampuan dari 12 sekolah rendah di Johor.
Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, pihaknya berusaha menyediakan bantuan kewangan dan penjagaan kesihatan untuk hospital serta komuniti yang terjejas kerana kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan bulanan disebabkan pandemik.
“Penutupan sekolah menimbulkan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini terhadap guru, pelajar dan juga ibu bapa apabila pengajian di bilik darjah perlu dilakukan secara maya di rumah.
“Kami berharap sumbangan AmBank dengan kerjasama YRZSNJ dapat memberi akses digital yang sangat diperlukan serta membantu mengurangkan gangguan perjalanan pendidikan murid-murid.

“Dalam hal ini, saya ingin memuji usaha Baginda Permaisuri dalam membantu golongan yang kurang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: