Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejak keputusan mahkamah menyebelahi Johnny Depp dalam satu perbicaraan kes fitnah paling kontroversi pernah disaksikan masyarakat seluruh dunia, segala kelakuan Amber Heard menjadi perhatian orang ramai.
Dalam salah satu video yang tular di media sosial, kelihatan Heard sedang meneliti tanda barang dan tawaran diskaun pakaian di salah sebuah butik murah di Bridgehampton, New York.
Bagaimanapun, apabila Heard yang berusia 36 tahun menyedari dia sedang dirakam, dia melarikan diri dari tempat kawasan tersebut sambil meninggalkan bakul yang terdapat beberapa pakaian yang nampaknya mungkin akan dibeli olehnya.
Amber dilaporkan bersama dengan adiknya, Whitney Henriquez, yang menjadi antara individu paling rapat dengan Amber. Henriquez juga pernah dipanggil memberi keterangan bagi pihak Amber dalam tuntutan mahkamah yang difailkannya terhadap bekas suaminya Depp.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: