Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ambil berkat bulan Muharam, Siti Khadijah agih 500 pek bubur asyura

today14 July 2024

Background


BANGI- Bersempena  bulan Muharam yang penuh berkah,  pengeluar telekung terkenal berjenama Siti Khadijah telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan 500 pek bubur asyura secara percuma kepada penduduk setempat di kawasan Bandar Baru, Bangi.

Ketua Pegawai Komersialnya, Muhammad Muhaimin Aminuddin berkata, program pemberian bubur asyura secara percuma ini adalah penganjuran pertama kali yang diadakan syarikat memandangkan ini adalah lokasi pertama bagi Siti Khadijah membuka butiknya.

Dalam masa yang sama, ia juga adalah inisiatif syarikat menghargai para penduduk di situ yang menyumbang kepada kejayaan mereka sepanjang 15 tahun lalu.

“Semua jemaah di Masjid Al-Hasanah di Bandar Baru, Bangi dapat merasai bubur asyura yang kami masak secara gotong royong di sini, usaha ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang terjalin dengan kakitangan bersama penduduk kawasan tersebut.

“Bubur asyura ini juga adalah makanan yang telah diamalkan sejak zaman dahulu dan mungkin ada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post