
Amerika Syarikat mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0 pada aksi pusingan 32 Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Bay Arena.
Di sebalik kejayaan manis itu, skuad kendalian Mauricio Pochettino tersebut akan beraksi Folarin Balogun dalam aksi pusingan 16 nanti selepas penyerang itu dilayangkan kad merah.
Gol daripada Balogun dan Malik Tillman sudah memadai untuk memastikan kemenangan AS serta membawa mereka ke pusingan kalah mati seterusnya.
Sorakan penyokong di Santa Clara bergema menjelang tamat separuh masa pertama apabila Balogun meledak gol pembukaan pada minit ke-45.
Perlawanan mula menjadi tegang pada minit ke-62 apabila Balogun dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras yang mengenai buku lali Tarik Muharemovic.
Pada mulanya, insiden itu tidak kelihatan membimbangkan apabila Balogun mencabar Muharemovic untuk mendapatkan bola. Permainan diteruskan seperti biasa sebelum pegawai VAR…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
