Amerika Syarikat memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan nota kemenangan selepas menundukkan Paraguay 4-1 pada aksi kumpulan D yang berlangsung di Los Angeles Stadium sebentar tadi.
Bukan sahaja kemenangan penting dilakarkan, malah ia adalah pertama kali dalam sejarah Piala Dunia skuad Amerika Syarikat berjaya menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.
Aksi kemas di 45 minit awal jelas memberikan kelebihan buat Amerika Syarikat apabila tiga daripada empat gol tersebut terhasil pada babak pertama.

Amerika Syarikat Garang Di Babak Pertama
Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas pemain tengah Paraguay, Damian Bobadilla tertampan bola ke gawangnya sendiri pada minit ketujuh permainan dalam cubaannya untuk menghalang hantaran lintang Weston McKennie.
Amerika Syarikat yang lebih menguasai permainan menambah jaringan kedua pada minit ke-31 menerusi Folarin Balogun selepas beliau mudah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: