Kool FM

Amerul Affendi Teringin Bawa Watak Romantis


Pelakon Amerul Affendi mengakui bahawa sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan, dia masih belum pernah diberi peluang membawakan watak romantis.

Teringin bawa watak romantis

Ketika ditemui OhBulan! Amerul atau nama lengkapnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, berkata, kebanyakan watak yang dilakonkannya lebih tertumpu kepada elemen kekeluargaan, pengorbanan, konflik berat dan bukannya cinta.

Setakat ini, dalam dunia lakonan saya, masih belum dapat lagi karakter bercinta

Memang tiada (tawaran) langsung setakat ini.

Amerul berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Martabat Misi Berdarah di Mid Valley pada Selasa.

Bagaimanapun, pelakon flem 6 Jilake itu menganggap perkara tersebut sebagai satu cabaran dalam kerjayanya selain berharap suatu hari nanti diberi peluang untuk mencabar dirinya dalam naskhah bergenre romantik.

Bila tak pernah dapat, saya anggap itu antara cabaran sebagai pelakon. Nak cabar kemampuan diri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version