Site icon Kool FM

Amir Masdi Keluar Dari Zon Selesa Dengan ‘Take Me Home’

Amir Masdi Perkenal Sisi Berbeza Dengan Single Inggeris ‘Take Me Home’


Penyanyi berbakat besar, Amir Masdi, kembali dengan kelainan menerusi single terbaharunya berjudul Take Me Home, yang menampilkan sisi berbeza dirinya sebagai penyanyi versatil dalam arena muzik tempatan. 

Lagu ciptaan sepenuhnya Amir bersama Edry Abd. Halim ini juga menjadi sebahagian daripada album keduanya, AM:PM, yang menonjolkan pelbagai eksperimen muzik segar.

Artikel Berkaitan: Galau, Cinta & Nostalgia, Ini 10 Lagu ‘Hot’ Pecah Carta Yang Tercalon Di ‘OhBulan! Paling Viral Online’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Malukan Keluarga’ – Amir Masdi Pilih Jalan Bersih, Tolak Kontroversi

Cerita pasal perasaan & hati manusia

Menurut Amir, 29, inspirasi utama Take Me Home tercetus ketika dia berada di Manchester, England.

Saya banyak mengambil inspirasi daripada lagu-lagu western rock, pop rock dan ballad rock cinta yang popular pada era 90-an dan awal 2000-an.

Ketika menulis lagu ini, saya berada jauh dari tanah air, jadi secara semula jadi perasaan ingin pulang itu terzahir…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version