Kool FM

Amir Raja Lawak Sedih Bayaran Tertunggak Masih Belum Terima


Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak meluahkan rasa hiba apabila masih belum menerima bayaran tertunggak daripada sebuah stesen televisyen walaupun bapanya, Azmi Deris telah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

Artikel Berkaitan: Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Pada Yang Mendoakan’

Belum terima bayaran

Memetik laporan Sinar Harian, Amir berkata, dia sebelum ini amat terdesak untuk mendapatkan baki bayaran berjumlah RM18,000 bagi menampung kos rawatan bapanya yang menghidap kanser usus.

Perjuangan untuk dapatkan duit itu masih belum membuahkan hasil. Saya tak fikir apa-apa tindakan lagi, cuma harap pihak berkenaan segera melunaskan bayaran.

Sebelum ini saya sangat perlukan duit untuk abah, termasuk beli katil dan kelengkapan rawatan.

Anak sulung daripada lima beradik itu bagaimanapun tetap bersyukur apabila pelbagai pihak sudi membantu meringankan beban keluarganya.

Antaranya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version