Difahamkan, penyanyi lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu berlapang dada apabila kini sering dikaitkan bercinta dengan Fattah kerana sedar hal itu tercetus daripada tindakannya sendiri.
“Benda begini saya yang mulakan iaitu gimik pelancaran single sebelum ini. Saya sendiri pernah beritahu bahawa ini adalah implikasi yang perlu dihadap.
“Jadi, tidak ada timbul isu rimas dan tenang-tenang sahaja hadapi semua ini sebab semua gosip itu tak betul. Saya pun tak ada rasa kekok bila jumpa dengan Fattah, ini lumrah jadi anak seni,” katanya.
Amira bagaimanapun bersyukur ibu bapanya tenang saja selepas tular gosip pertunangan itu. Amira berkata semuanya masih dalam keadaan terkawal.
“Mak dan ayah saya orang yang tenang. Mereka pun tak bertanya sebab mungkin faham bahawa isu ini tular kerana peminat yang terlampau teruja tentang kami,” katanya lagi.
Terdahulu, kecoh berita mendakwa Fattah sudah melangsungkan pertunangan dengan Amira selepas empat bulan berpisah dengan bekas isterinya, Nur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: