Penyanyi, Amira Othman akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulung, sekali gus menjawab spekulasi yang berlegar sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Suka Drama & Doakan Kesejahteraan Orang Yang Tak Suka Dia’ – Usahawan Puji Personaliti Amira Othman
Hamil 30 minggu

Amira, 33, berkata, dia memilih untuk tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu menunggu waktu yang dirasakan sesuai.
Alhamdulillah, saya ingin kongsikan bahawa sekarang saya sedang hamil. Usia kandungan kini sudah mencecah 30 minggu dan perut saya pun sudah tidak boleh disorok lagi.
Sebelum ini saya tidak menghebohkan perkara ini kerana menunggu masa yang sesuai. Saya tepati janji saya, dan sekaranglah waktu yang tepat.
Amira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran The Next Chapter Rissa Skin X Amira Othman di Hotel Concorde, Shah Alam, pada Khamis.
Dalam pada itu, Amira turut memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan sehingga menjelang kelahiran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: