Kool FM

Amira Othman Tak Tahu Klien Guna Huruf A &


Pelakon dan penyanyi, Amira Othman tampil menepis dakwaan kononnya dia dan aktor, Fattah Amin bakal mendirikan rumah tangga susulan tular sebuah video memaparkan dia mengenakan busana pengantin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi

Khilaf produksi

Ketika ditemui OhBulan!, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 31, menjelaskan bahawa video tular yang tertera penyangkut baju dan kad bertulis abjad A dan F adalah perkara yang tidak disengajakan oleh pihak produksi klien yang terbabit.

Ya, terkhilaf. Tidak ada sebarang ‘deal’ pun. Klien juga sudah memohon maaf pada saya.

Jadi saya tiada masalah, bahkan tidak timbul isu bergaduh berkaitan hal ini.

Bagaimanapun, pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu memilih untuk kekal profesional dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Saya bersikap profesional selain enggan menyalahkan sesiapa. Adat bekerja, pasti ada ujian serta dugaan. Hal ini pun sudah diselesaikan dengan pihak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version