Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amirul AF Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Serangan Jantung

today25 November 2025

Background
Amirul AF4 Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun, Tinggalkan Isteri Hamil Trimester Ketiga


Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Salam takziah

Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Berita pemergian itu disahkan rakan seperjuangan Allahyarham iaitu Dr Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy.

Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.

Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan jam 2 petang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil trimester ketiga. 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2023.

Sumber: Berita Harian



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post