Site icon Kool FM

Amirul AF4 Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Serangan Jantung


Bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Amirul atau nama penuhnya, Amirul Azman Mohd Ghazali disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Khabar duka itu dikongsikan oleh Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil di Instagam miliknya. Di mana bekas pengacara AF itu berkata:

“Allahu satu lagi berita sedih Paknil terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul harini pergi menghadap Illahi.

“Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amighul berada di Sarawak. Sesekali dia ada bertanya khabar di sosial media.

“Hari ini Amighul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah.”

Menurt BH Online, Amirul meninggal dunia di sebuah hospital di Kuching, kerana serangan jantung. Allahyarham dilaporkan meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil anal pertama mereka.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version