Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Amirul Azhan Aznan sah menjadi rekrut baharu Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) selepas laman Facebook rasmi kelab tersebut mengumumkan kehadiran pemain bek kanan itu, sebentar tadi.
Khidmat Amirul Azhan pastinya ditagih Kedah dalam mengisi kekosongan ditinggalkan tonggak utama sebelum ini, Rizal Ghazali yang memilih untuk menyertai Sabah bagi menghadapi musim 2022.
Azhan dilihat sebagai pengganti yang tepat buat Rizal apabila beliau hadir ke Stadium Darul Aman dengan reputasi baik.
Mula beraksi dengan skuad Liga Super Perak pada tahun 2016, posisinya selaku bek kanan jelas sukar digugat pemain lain dan beliau sentiasa memberikan sumbangan berkesan sehingga berjaya membantu pasukan menjulang trofi Piala Malaysia 2018 dan bergelar najb juara Piala FA 2019.
Namun seperti diketahui, bencana besar yang tanpa disangka-sangka melanda kem Perak pada musim ini telah mengubah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: