TANGKAK – Minat mendalam terhadap bidang pertanian sejak berusia 10 tahun dengan bercucuk tanam sayur-sayuran di kawasan rumah dan menjualnya di pasar kini menjadikan Muhammad Firdaus Ismail petani dan penternak berjaya seterusnya mengkomersialkan satu projek penting untuk membantu menjana pendapatan sebuah pusat tahfiz di sini.
Pengasas syarikat Kelulut Madu Enterprise yang juga kini berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1, Madrasah An-Nuur (MAN) begitu sibuk dengan aktivitinya sebagai operator mengendalikan An Nuur Farm (Ladang An Nuur) milik pusat tahfiz tersebut di Parit Sekoyan Laut, Kesang laut seluas 0.8 hektar sejak tahun 2013.
Anak kelahiran kampung tersebut yang berusia 35 tahun dan memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penternakan madu mula terlibat dalam perniagaan itu setelah ditawarkan oleh seorang bapa pelajar tahfiz untuk mempelajari bidang penternakan kelulut.
Selesai menjalani kursus, beliau bersama seorang lagi guru tahfiz secara kebetulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: