
Pemain perseorangan wanita nombor satu dunia, An Se-young merupakan figura yang cukup hebat dalam kancah badminton dunia bukan sekadar kerana keupayaannya meraih gelaran demi gelaran tetapi juga bersandarkan karakternya yang matang dan tenang di usia muda.
Setiap kali melangkah ke gelanggang, beliau membawa gaya permainan yang penuh disiplin, tajam dan sentiasa memberikan kesukaran buat lawannya.
Semalam, anak kelahiran Gwangju itu menjuarai Terbuka Australia 2025 selepas menewaskan wakil Indonesia, Putri Kusuma Wardani 21-16, 21-14.
Karier Hebat An Se-young
Kejayaan manis yang turut memecahkan rekodnya sendiri sebagai pemain perseorangan wanita paling banyak memenangi siri jelajah dunia BWF dengan 10 kejuaraan.
Selain daripada kegigihan serta kemampuan hebatnya ketika beraksi, Se-young turut menitikberatkan aspek pemakanannya.
Pemain berusia 23 tahun itu difahamkan sangat teliti dalam memastikan setiap apa yang masuk ke dalam badannya selari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
