Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak 4 Tahun Tidur Atas Longgokan Sampah, Ahli Keluarga Terjebak Najis Dadah

today7 July 2024

Background


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan menyedihkan, terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi longgokan sampah akibat ahli keluarga terjerumus dalam najis dadah.

Menurut Harian Metro, lebih memilukan apabila mangsa tidur di atas tilam ‘diselimuti’ sampah yang menjijikkan.

Jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan, insiden ini ditemui semasa lawatan dan program mendekati masyarakat di sebuah daerah di Kelantan.

Anggota AADK, yang secara kebetulan melintasi rumah yang kelihatan seolah-olah sudah ditinggalkan, merasa curiga apabila mendengar suara dan tangisan kanak-kanak dari dalam rumah tersebut.

“Pegawai AADK segera memeriksa rumah tidak berkunci itu dan terkejut mendapati setiap pelosok dan ruang bilik hingga ke dapur dipenuhi longgokan sampah,” katanya.

Dalam rumah tersebut, mereka mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dalam keadaan tidak terurus. Turut berada di rumah itu adalah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post