
Bekas isteri kepada Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah yang lebih popular dengan nama Dr Fie, terkejut dan terkilan tindakan bekas suaminya yang tidak hadir ke prosiding mahkamah hari ini.
Menurutnya, tindakan Nubhan itu akan merumitkan lagi keadaan, ketika dia sedang berusaha untuk menyelesaikan isu penjagaan anak dengan segera.
Hal ini kerana, sesi persekolahan anak anak mereka sudah semakin hampir, dan anak mereka masih tiada tempat tinggal.
Dr Fie berkata: “Saya harap dia akan hadir ke prosiding akan datang. Beri kerjasama sebab saya nak cepatkan urusan demi anak anak yang nak bersekolah, kami tiada tempat tinggal, buku sekolah anak lagi.”
Dipetik dari sumber mStar, Dr Fie mendedahkan bahawa dia sudah cuba memaklumkan kepada Nubhan tentang isu berkaitan kebajikan anak mereka termasuk maklumat keperluan persekolahan, namun tiada respon.
“Saya dah panjangkan kepadanya tentang maklumat keperluan persekolahan. Dan tanya, buku dah beli ke belum,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: