Difahamkan, anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) untuk menyambung pengajian selama tiga tahun semalam.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Menerusi perkongsian di Facebook, Azhar telah berpesan kepada kedua-dua anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Malah, Azhar mengatakan dirinya tidak berasa sedih kerana mungkin sudah terbiasa melihat mereka mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia sejak kecil.

Tidak hanya itu, Azhar dilihat sempat berseloroh agar anak perempuannya itu nanti pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk tidak seperti di Malaysia. Dikhabarkan, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan.
@leonsmeonss I’m so sad
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
