
Robin Räikkönen, pelumba muda yang kian melonjak naik, menyertai Program Pembangunan Pemandu Red Bull bermula tahun 2027 sebagai langkah ke arah saingan Formula Satu (F1).
Anak kepada Juara Dunia F1 2007, Kimi Räikkönen, telah menunjukkan bakat luar biasa dalam sukan perlumbaan karting sejak kecil lagi. Beliau telah meraih pelbagai kejayaan dalam kejohanan Rotax dan WSK di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Prinsipal Pasukan Red Bull, Laurent Mekies, memuji kualiti yang dimiliki pelumba muda Finland tersebut.
“Robin telah membuktikan keupayaan yang luar biasa dalam sukan karting. Kelajuan, pemikiran di litar dan bakat semula jadinya menjadikan beliau antara pelumba muda paling berpotensi bagi kategori usianya,” kata Mekies.
Beliau menambah bahawa pihak pasukan komited untuk membimbing Robin secara berperingkat tanpa memberi tekanan berlebihan, sekali gus menyediakan persekitaran terbaik untuk memaksimumkan potensi pelumba…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: