SEBERANG PERAI – Seorang pemuda dari Tasek Gelugor, di sini menjadikan bisnes menjual ‘coq kembong’ sebagai inspirasi bagi menyambung legasi perniagaan yang diusahakan moyangnya dari Kerala, India sejak 80 tahun dahulu.
Pemilik Coq Kembong Warisan Mail Roti Tasek Gelugor, Muhammad Danial Izzuddin Mohammad Sabarullah, 25, berkata, moyangnya, Maidin Mohammad merupakan seorang pembuat roti di daerah itu sebelum menjadi pengusaha kuih pak tongko atau cakoi sekitar tahun 1930-an.
“Coq kembong adalah inovasi daripada kuih pak tongko dan cakoi. Yang membezakannya ialah dari segi bentuk, iaitu pak tongko atau cakoi panjang, manakala coq kembong berbentuk segi empat.
“Semasa zaman moyang berniaga, kuih tersebut hanya dimakan begitu sahaja, namun setelah melalui peredaran zaman dan masa kami telah menginovasikan makanan ini bersama beberapa jenis kuah yang bersesuaian dengan selera masyarakat tempatan,” katanya ketika ditemui di gerainya yang terletak berhampiran Masjid…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: