Kini, beliau masih bergantung pada ubat serta menjalani pemeriksaan perubatan setiap enam bulan.
Beliau turut berkongsi bahawa perjalanan karier nyanyiannya adalah on-off akibat komitmen kerja dalam bidang keselamatan siber, selepas pertama kali memasuki industri hiburan sebaik tamat persekolahan.
“Selepas saya mula bekerja, saya berhenti menyanyi sehinggalah saya stabil dalam kerjaya. Baru selepas itu, saya kembali aktif dalam muzik pada penghujung usia 30-an,” kongsinya.
Sebagai seorang pemuzik yang menulis lagunya sendiri, Faisal berharap platform Calpis Soda OIAM ini dapat menjadi saluran untuk menyampaikan mesej lagunya kepada semua orang dan memperkenalkan karyanya dengan lebih luas.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: