Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana meluahkan rasa bimbang untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 18, tinggal di asrama apabila melanjutkan pelajaran tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Tampil ‘Backup’ Wanita Yang Didakwa Kekasih Nubhan, Kongsi Gambar Percutian – ‘Kesian Kakakku Seorang Ini’
Siti Nordiana berat hati lepaskan anak tunggal

Ketika ditemui OhBulan!, Siti Nordiana atau nama lengkapnya Siti Nordiana Alias, 42, mengakui bahawa perasaan seorang ibu yang mula ‘berenggang’ dengan anak bukan sesuatu yang mudah.
Biasalah mak-mak yang ada anak tunggal ni macam anxiety (risau) sikit.
Saya baca dekat komen TikTok pun, ramai para ibu senasib dengan saya, rasa sunyi. Maknanya bukan saya seorang sahajalah yang rasa begitu.
Namun dia berlapang dada untuk melepaskan anak lelakinya itu bagi memberi ruang untuk berdikari dan membina masa depan yang lebih baik.
Tapi tak apalah, sebab itu adalah jalan dia pilih. Saya okay sahaja….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: