Kool FM

“Anak Saya Tidak Diberi Masuk, Anak Sheikh Muszaphar Boleh Pula,” – Netizen Terkilan..

Masih lagi kecoh dengan Standard Operating Procedure (SOP) dua darjat antara ahli menteri dan rakyat di mana ahli menteri tidak perlu kuarantin dalam tempoh lama jika pulang dari luar negara manakala rakyat pula sebaliknya.

Kini, timbul lagi isu dua darjat antara B40 dengan T20 apabila seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Afif Fathullah meluahkan rasa tidak puas hati dengan SOP pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan twitter.

Ciapan tersebut berbunyi, pada 12 haribulan lalu dia dan anaknya pergi ke Taman Botani, Kuala Lumpur tapi, penjaga di situ mengatakan pihak DBKL tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke kawasan tersebut.

Image

Pada awalnya dia terima arahan tersebut memandangkan kini kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, dia berasa kecewa apabila keesokkannya melihat angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor memuat naik foto empat orang anaknya sedang beriadah memberi ikan di tasik makan. Jadi, dia meminta pihak DBKL menjelaskan SOP yang sebetulnya.

Dalam pada masa yang sama, dia turut menegaskan tidak menyalahi angkasawan tersebut tapi dia agak terkilan jika undang-undang tidak dipraktikkan pada semua orang dengan cara yang adil.

Menjengah ruangan komen, ada yang mengatakan mereka boleh masuk taman tersebut tanpa ada sebarang isu dan ada juga yang turut meluahkan rasa kecewa terhadap DBKL.

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ramai Kagum Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Kembarnya Sejak Usia 3 Bulan

Sheikh Eusoff & Sophea Emelia Pilihan Nama Baby Baru Dr. Sheikh Muszaphar Dan Isteri

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Exit mobile version