Site icon Kool FM

Anak The Rock Dikecam Kerana Komen Tentang Charlie Kirk

the rock


Anak kepada Dwayne Johnson (The Rock), Ava Raine menerima banyak kecaman, hanya kerana komen dia tentang kematian Charlie Kirk.

Ava mendapati, ramai yang kurang simpati dengan Kirk di atas kematiannya. Menurut Ava, semuanya kerana mulut celupar Kirk ketika dia masih hidup.

Di mana dia sentiasa lancang mengutuk orang lain. Ini termasuk mengecam golongan imigran, kulit hitam, mereka yang beragama Islam dan dia juga beberapa kali memperlekeh tentang rakyat Palestin serta mempersoalkan kewujudan negara tersebut.

Lantas Ava berpendapat, itulah sebabnya kenapa ada segelintir pihak kurang simpati dengan Charlie Kirk.

Ava menulis dia IG Story miliknya: “Jika kamu mahu mendapat kata kata yang elok ketika kamu sudah tiada, kamu harus berkata benda yang  baik baik ketika kamu masih hidup.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version