Site icon Kool FM

Anak Zinedine Zidane Bersara, Ini Karier Beliau Seterusnya

Zinedine Zidane


Anak kepada legenda Perancis, Zinedine Zidane iaitu Enzo Zidane memilih untuk bersara dari dunia bola sepak profesional dan mahu fokus terhadap karier lain selepas ini.

Enzo yang berusia 29 tahun kali terakhi beraksi secara profesional bersama kelab divisyen tiga Sepanyol iaitu Fuenlabrada memilih untuk bersara atas sebab peribadi.

Baca Juga:

Antara sebab mengapa beliau memutuskan untuk menggantung kasut adalah kerana mahu fokus terhadap karier dalam bidang pelaburan yang diceburinya baru-baru ini.

Enzo, anak sulung daripada empat anak lelaki Zinedine Zidane, mempunyai kerjaya selama sedekad yang menyaksikan dia membuat 203 penampilan, menjaringkan 13 gol dan memberikan 24 bantuan gol.

Kerjayanya termasuk beraksi dengan beberapa kelab seperti Real Madrid Castilla, Alavés, Lausanne, Rayo Majadahonda, Aves, Almeria, dan Rodez…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version