
Pengurus Brazil Carlo Ancelotti berkata bahawa “kamu tidak memenangi Piala Dunia berdasarkan perlawanan pertama kamu” selepas juara lima kali itu berhempas-pulas seri 1-1 dengan Maghribi pada Sabtu.
Skuad Selecao berada dalam bahaya tewas dalam perlawanan pembukaan mereka di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1934 selepas ketinggalan akibat jaringan gol Ismael Saibari di New Jersey.
Vinicius Junior menjaringkan gol penyamaan yang cemerlang untuk meraih satu mata buat Brazil, namun Ancelotti mengakui ia bukanlah jenis persembahan yang diharapkan daripada pasukannya.
“Saya rasa ini adalah perlawanan yang sukar, terutamanya pada peringkat awal. Saya rasa pasukan agak cemas dan perasaan gemuruh menyelubungi mereka,” kata Ancelotti.
“Kami tidak bermain dengan baik, tetapi kami tidak boleh patah semangat. Ini adalah perlawanan pertama dalam Piala Dunia dan kami tidak boleh… berfikir pasukan ini akan beraksi dengan sempurna sejak awal lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
