Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seorang ketua kongsi gelap Jepun yang terkenal, Yakuza telah dijatuhkan hukuman mati oleh hakim mahkamah tempatan pada hari Selasa atas tuduhan menyebabkan kematian tiga orang awam. Setelah dijatuhkan hukuman mati, dia memberi amaran bahawa hakim tersebut akan menyesal seumur hidup dengan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.
Satoru Nomura, 74, ketua Yakuza “Kudo-kai” di barat daya Jepun, menafikan kepada Mahkamah Daerah Fukuoka di atas tuduhan bahawa dia yang mengeluarkan arahan untuk serangan yang membunuh tiga orang awam. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman mati kepada Nomura walaupun kekurangan bukti secara langsung yang mengaitkan dia dengan jenayah tersebut, manakala orang nombor dua kumpulan itu, Fumio Tanoue, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, lapor ABC.
“Saya meminta keputusan yang adil… Anda akan menyesal seumur hidup,” kata Nomura kepada hakim setelah hukuman…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
