
Andoni Iraola secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Liverpool bagi menggantikan Arne Slot, yang meninggalkan kelab itu pada Sabtu lalu.
Pengendali berusia 43 tahun itu tiba di Anfield selepas mengharungi tiga musim cemerlang bersama AFC Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau berjaya membawa kelab tersebut layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas menamatkan musim lalu di tangga keenam liga.
“Saya benar-benar teruja. Semua orang tahu Liverpool adalah kelab besar, salah satu yang terbesar di dunia,” kata Iraola kepada laman rasmi kelab.
“Tetapi apabila anda memahami dengan lebih dekat tentang kelab ini, anda sedar ia memang istimewa. Liverpool sentiasa mempunyai daya tarikannya tersendiri.
“Suasana stadium, penyokong, kelab, pemain-pemain yang ada serta peluang untuk melatih pemain bertaraf dunia dan bersaing merebut trofi menjadikan tugas ini sangat menarik. Sukar untuk mencari peluang yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: