
Pempengaruh dan usahawan, Anes Ayunie mengakui detik paling sukar dalam hidupnya adalah apabila terpaksa membuang rahim selepas mengalami komplikasi serius ketika melahirkan cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Ayunie Syukur Selamat Selepas Berdepan Komplikasi Kehamilan – ‘Tanpa Kuasa Mu, Aku Tak Mampu Di Sini Lagi Ya Allah’
Ayunie terima takdir


Menerusi perkongsian di Threads, Ayunie berkata dia banyak menangis kerana sukar menerima hakikat sudah kehilangan rahim.
Namun, selepas bermuhasabah, dia memilih untuk reda dan menganggap ujian itu sebagai peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Saya sebenarnya banyak menangis sebab sedih fasal rahim dah tak ada, tapi fikir balik, Allah Maha Baik banyak sangat dah Allah bagi nikmat di usia 20-an.
Sejak bertahun-tahun dah Allah tunaikan macam-macam. Mungkin Allah nak saya solat dan puasa penuh, mungkin Allah nak lepas ini aku hargai masa yang ada kejar impian dunia akhirat.
Live to the fullest, dah berderet saya pregnant macam-macam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: