Site icon Kool FM

Anggur Import Jenis ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Bahan Kimia Bahaya

Anggur shine muscat


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dakwaan yang menyatakan anggur import jenis ‘Shine Muscat’ mengandungi sisa bahan kimi berbahaya menurut laporan media Thailand.

Laporan daripada Thai PBS mengatakan anggur Shine Muscat yang diimport dari China didapati mengandungi banyak bahan kimia berbahaya, termasuk chlorpyrifos.

Baca Juga:

Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.

Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version