Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada lewat hari semalam, tular rakaman video CCTV di mana seorang lelaki memukul seorang warga emas. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Stesen Minyak Shell Tol Jalan Duta.
Pada awal rakaman video tersebut, mangsa yang memandu Proton Perdana serta penunggang motosikal terbabit dilihat bergerak seiringan menuju ke pam minyak yang sama sebelum warga emas terbabit memberhentikan keretanya di pam minyak tersebut.
Setelah warga emas keluar daripada keretanya, penunggang motosikal itu meluru ke arahnya lalu berlaku pertengkaran kecil di antara kedua-dua belah pihak. Sejurus selepas itu, penunggang motosikal membuka topi keledar yang dipakainya lalu memukul pada bahagian kepala warga emas tersebut.
Lalu, warga emas itu kelihatan terjatuh dan seorang orang awam dan pekerja stesen minyak menghampiri tempat kejadian untuk melihat keadaan si mangsa. Selepas memukul warga emas, penunggang
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: