Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Angkatan Tentera Malaysia dilaporkan turun membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan tanpa menunggu sebarang arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), lapor Free Malaysia Today. Menurut sumber, agensi yang kini dikritik keras oleh rakyat Malaysia disebabkan pengurusan banjir yang huru-hara dikatakan teragak-agak untuk menghantar anggota ATM ke kawasan yang terjejas akibat banjir.
“Ia sampai ke satu tahap, di mana kami (kementerian pertahanan) memutuskan, untuk tidak mempedulikan Nadma,” kata sumber itu kepada Free Malaysia Today. “Air banjir sudah meningkat, kami tidak mahu menunggu lagi.” Disebabkan itu, selepas solat Jumaat, ATM sudah bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.
Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menulis di Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada ketua staf Angkatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: