Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

ANMS Immunity Challenges di TikTok tawar hadiah bernilai RM40,000

today7 January 2024

Background


PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjemput orang ramai menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Immunity Challenges melalui platform media sosial TikTok.

Cabaran selama tiga bulan itu merangkumi lima program iaitu ‘ANMS Immunity Video Challenge’, ‘ANMS Immunity Mental Menti Challenge’, ‘ANMS Immunity Jingle Challenge’, ‘ANMS Immunity Terpaling Healing’ dan ‘ANMS Immunity Dance Challenge’.

Menerusi satu kenyataan, KKM berkata, cabaran itu dianjurkan di bawah inisiatif ANMS bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pembudayaan hidup sihat.

Jelasnya, tema utama bagi cabaran ini adalah ‘Tingkatkan Imuniti Badan’.

“KKM bekerjasama dengan lima orang pempengaruh media sosial TikTok bagi menjayakan cabaran ini yang berlangsung selama tiga bulan.

“Cabaran berkonsep interaktif ini bukan sahaja menyebarkan maklumat pembudayaan hidup sihat kepada masyarakat malah menguji kreativiti peserta melalui penghasilan video…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post