Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anna Jobling Pilih Cinta Sejati, Barang Kemas Boleh Dibeli

today17 February 2026

Background
[VIDEO] ‘Love Or Gold? Saya Pilih Cinta Sejati’ – Anna Jobling


Aktres popular, Anna Jobling berpendapat bahawa nilai cinta sejati jauh lebih penting buat dirinya berbanding kemewahan material seperti barang kemas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Bercuti Dengan Ramai Orang, Saya Nikmati Masa Berehat’ – Anna Jobling

Artikel Berkaitan: OBPVO: Anna Jobling Dinobat Selebriti Paling Viral 2025!

Mahu cinta

Menurut Anna, 25, harta boleh diusahakan, tetapi keikhlasan perasaan tidak boleh dibeli.

Love or gold? Saya pilih cinta. Saya percaya cinta yang tulen lebih bermakna daripada mana-mana barang mewah.

Emas atau barang kemas boleh saya miliki melalui kerja keras sendiri.

Bercerita tentang minat terhadap emas, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling mendedahkan dia sudah tertarik dengan perhiasan sejak kecil dan gemar menghadiahkan diri sendiri sebagai tanda menghargai pencapaian peribadi.

Saya memang minat emas sejak kecil. Hadiah diri dengan perhiasan itu cara saya meraikan pencapaian. Rekaannya ada yang elegan dan kemas, sesuai dengan gaya saya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Noor


Previous post

Sukan

Arbeloa gesa Real terus konsisten

Lisbon: Pengurus Real Madrid, Alvaro Arbeloa menyeru anak buahnya mempamerkan fokus, ketepatan serta persembahan penuh meyakinkan sepanjang 90 minit ketika mereka berhasrat membalas dendam terhadap Benfica pada aksi timbal balik pertama playoff Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

today17 February 2026