Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City).
Menurut laporan daripada Bernama, faktor yang mendorong keputusan itu adalah disebabkan kekangan masa dalam memainkan peranan sebagai presiden sejak memimpin Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
“Kita perlu berlaku adil, kita tak boleh nak bergayut pada jawatan kalau kita rasakan kita ada kekurangan atau jangkakan ada orang lain yang boleh buat lebih baik, jadi saya dah buat setakat saya mampu.
“Sejak berada di KKMM banyak perkara saya nak buat (bersama KL City FC) tetapi tak dapat kerana kekangan masa. Jadi eloklah KL City FC pun sedang meningkat, elok ada seseorang yang dapat memberikan bimbingan seterusnya kerana KL City FC mempunyai potensi sangat besar,” katanya kepada Bernama.

Bekas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
