Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Anthony Loke merupakan salah satu ahli politik yang disenangi ramai lebih-lebih lagi ketika beliau memegang jawatan Menteri Pengangkutan pada tahun 2018-2020, sehinggakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menulis surat sokongan terhadapnya kepada Perdana Menteri agar beliau melantik semula Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.
Artikel Berkaitan:
Terbaharu, dalam satu sidang media diadakan pada pagi ini, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai ‘hal-hal politik’ semasa beliau berada di dalam pejabat kementerian.
“Pendekatan saya, sekiranya saya berada di dalam bangunan Kementerian Pengangkutan, saya tidak akan jawab apa-apa isu politik. Biarlah pihak lain nak cakap apa, itu hak dia,” kata Anthony Loke.
Saya tidak akan jawab soalan berkaitan politik jika dalam kementerian – Anthony Loke #AWANInews #KerajaanPerpaduan
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: