Pemain sayap, Antony kini sedang berada dalam fasa pemulihan prestasi selepas memilih untuk menyertai kelab LaLiga, Real Betis secara pinjaman.
Impak pantas juga telah dijelmakan pemain berusia 24 tahun ini apabila beliau beraksi cemerlang hingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan bagi tiga aksi berturut-turut dalam kempen liga.
Baca Juga:
Dalam pada itu, beliau sudah menghasilkan tiga gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam empat aksinya bersama Real Betis.
Ia termasuklah jaringan voli menarik diledakkannya ketika membantu Real Betis menundukkan Real Sociedad 3-0 di Estadio Benito Villamarin pada Isnin lalu.
Satu keadaan yang nyata cukup berbeza ketika beliau menghadapi detik-detik sukar sewaktu menyarung jersi Manchester United.
Rahsia kembali cemerlang dari kaca mata Antony
Sehubungan dengan itu, Antony tampil mendedahkan bagaimana beliau dapat mengubah senario tersebut sebaik sahaja berhijrah ke kelab Sepanyol…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: