
KUALA LUMPUR – The Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) q2025 yang kini menyambut ulang tahunnya ke-10 menjadi salah satu acara berprestij yang merai dan memberi penghargaan kepada individu dalam apa juga bidang perniagaan yang diceburinya sekali gus memainkan peranan penting menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Selama sedekad memperkasakan usahawan muda, acara itu semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti perniagaan berbilang bangsa dan ia telah menerima lebih daripada 1,300 pencalonan.
Bagaimanapun, menurut Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK Chua, hanya 100 calon sahaja yang terpilih untuk menerima anugerah keusahawanan tersebut.
“Kami berbangga kerana 100 calon yang terpilih ini merintis kejayaan daripada satu perjalanan yang panjang, menunjukkan kesungguhan untuk berjaya dan sewajarnya jerih perih mereka diraikan dalam anugerah seperti ini.

“Semoga semangat keusahawan itu akan terus membara dan mencipta lebih banyak kejayaan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: