KUALA LUMPUR – Pencalonan untuk ESG Plus Awards 2025 dibuka mulai sekarang dengan majlis penyampaian anugerah yang menobatkan pelbagai pemain, sektor dan individu yang cenderung melaksanakan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bakal diadakan pada September ini.
Anugerah tersebut bertujuan untuk menonjolkan pemimpin berkaliber dan berinovasi dalam spektrum ESG sekali gus meraikan dan menghargai kepimpinan serta usaha yang telah dilaksanakan mereka selama ini serta mahu menjadikan ia sebagai platform penghargaan bagi peringkat antarabangsa.
Pengarah Magnate Media Sdn. Bhd. (Magnate Media), Jasmine Cheung berkata, melalui ESG Plus Awards 2025, pihaknya bukan sahaja memberikan pengiktirafan, tetapi juga ia sebagai platform ke arah perniagaan yang mencabar untuk memimpin akauntabiliti, melibatkan diri secara bermakna dan pertumbuhan secara stabil.
“Melalui kerjasama yang terjalin dengan Persatuan ESG Malaysia (ESGAM) untuk penganjuran anugerah ini, kami…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
