Kool FM

Anwar Ibrahim Duduki Tangga ‘Top 10’ Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2026


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah naik ke tangga ke-10 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2026 yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) di bawah Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Amman, Jordan baru-baru ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sebelum ini menduduki tangga ke-15 pada tahun 2025 dan ke-17 pada tahun 2024, petik The Star.

Baca Juga:

Laporan itu menyorot perjalanan panjang Anwar sejak zaman beliau sebagai pelajar di Universiti Malaya sehinggalah pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022.

Anwar Ibrahim Duduki Tangga 'Top 10' Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2026
Sumber Gambar: The Muslim 500

Beliau digambarkan sebagai seorang tokoh yang melalui pelbagai cabaran politik, termasuk tempoh pemenjaraan, penyingkiran daripada jawatan, serta perjuangan panjang sebagai ketua pembangkang sebelum kembali memimpin pentadbiran negara.

Penerbitan itu turut memetik peranan Anwar dalam meredakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version