Kool FM

Anzalna Nasir Bangga Anak Sulung Jadi Imam Solat Hajat


Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Mohamad Eidrees menjadi imam solat hajat di sekolah bagi mendoakan keselamatan para sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Suami Akan Bertambah Bila Belanja Untuk Keluarga’ – Anzalna Nasir

‘Mommy bangga’

Menerusi hantaran di Threads, Anzalna, 36, berkongsi momen yang dirakam oleh guru sekolah Eidrees dan mengakui tidak dapat menahan sebak melihat keberanian anaknya yang masih kecil memimpin rakan sekelas dalam solat.

Solat hajat untuk Global Sumud Flotilla. Hati rasa sejuk sangat bila tengok anak sendiri jadi imam.

Masya-Allah, Eidrees, mommy sangat bangga dengan kamu. Terima kasih kepada Cikgu Sab kerana berkongsi video yang sangat indah ini. Anak-anak soleh dan solehah.

Tambah Anzalna, sebagai ibu, momen itu bukan sahaja membanggakan, tetapi juga memberi kesedaran tentang pentingnya mendidik anak-anak sejak kecil agar peka terhadap isu kemanusiaan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: