
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 mencetuskan keraguan awam.
Siasatan RCI mengesahkan bahawa pengurusan TH pada tempoh tersebut tetap membayar hibah yang tinggi walaupun kedudukan kewangan berada dalam defisit kritikal.
Menerusi perkongsian Tinta Mufti oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, daripada sudut Fiqh Muamalat, status wang hibah yang diterima pendeposit sepanjang tempoh defisit tersebut adalah halal dan sah.
“Kontrak yang berlaku antara pendeposit dan TH ialah kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah (Simpanan Berjaminan). Dalam kerangka fiqh muamalat, TH dianggap meminjam wang daripada pendeposit untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dan lain-lain.
“Oleh itu, TH tidak boleh menjanjikan sebarang keuntungan, sebaliknya pulangan yang diberikan oleh TH kepada pendeposit berstatus hibah yang bersifat sukarela. Maka, apabila sesuatu hibah yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: