Kool FM

‘Apa Yang Boleh Tolak?’ – Pengguna Honda City Ini Mengeluh Terpaksa Bayar RM420 Untuk Servis Kereta


Sebut mengenai jenama Honda pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menjadi jenama negara luar pilihan rakyat Malaysia dalam tempoh yang panjang jelas membuktikannya.

Selain itu, wujud pula sentimen yang mengatakan seseorang yang memakai Honda merupakan seorang yang mempunyai kewangan yang baik dan stabil.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular di Facebook Group Honda City 2020 Malaysia apabila seorang pengguna Honda City tampil mengadu harga servis Honda City yang dikatakan ‘keras’ atau mahal.

Menurutnya, beliau telah dicas sebanyak RM420 untuk servis 20,000km Honda City miliknya. Hal ini membuatkan beliau memohon pendapat menerusi orang ramai dalam Facebook Group untuk cadangan mengurangkan kos harga servis.

Perkongsian yang dibuat nyata mendapat sambutan hangat daripada netizen yang terkejut dengan persoalan lelaki ini. Selain itu, Facebook Group yang boleh diakses oleh orang ramai tanpa menyertai Facebook Group ini membuatkan perkongsian lelaki ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version