Site icon Kool FM

Apabila Penguasaan Bola Sekadar Ilusi Belgium Berdepan Tembok Parsi Diketuai Alireza Beiranvand


Stadium SoFi di Los Angeles menjadi saksi bagaimana sebuah pasukan gergasi Eropah, Belgium, buntu untuk mencari jalan menembusi pertahanan yang dibina oleh Iran.

Mereka berjaya juga beberapa kali sampai benar benar hampir kepada gol, namun Alireza Beiranvand membuktikan sekali lagi bahawa dia nama yang underrated dalam sejarah Piala Dunia.

Berikut adalah analisis kami tentang 5 perkara daripada kegagalan Belgium untuk menang semalam.

1. Penyakit tumpul yang Kronik

Belgium melepaskan 23 percubaan—satu angka yang sangat besar—namun tiada satu pun yang menerjah jaring.

Ini adalah rekod terburuk mereka dalam Piala Dunia sejak 1994 (ketika menentang Arab Saudi).

Isunya di sini bukan sekadar “tak masuk”, tetapi kualiti penyudah di final third yang sangat lemah.

Sama ada mereka terlalu gopoh atau hantaran terakhir yang tidak menepati sasaran, Belgium kelihatan seperti pasukan yang memiliki “kunci” tetapi tidak tahu di mana lubang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version