Ruang ulasan di platform muat turun aplikasi kebiasaannya menjadi medan untuk pengguna menyalurkan maklum balas membina demi penambahbaikan.
Namun, senario berbeza melanda aplikasi MyGov apabila ia menjadi sasaran penarafan satu bintang hanya gara-gara menggunakan Bahasa Melayu.
Jika anda melawati laman muat turun aplikasi MyGOV di Apple Store, boleh didapati sejumlah komen terutamanya di penarafan 1 bintang yang mengetengahkan isu ketiadaan pilihan bahasa lain berbanding berkongsi masalah teknikal yang dihadapi.
Menurut kelompok pengguna terbabit, hanya disebabkan penggunaan Bahasa Malaysia telah menjadikan pengalaman yang tidak mesra pengguna.
Boleh lihat beberapa tangkap layar yang kami dapati dari ruang rating pada aplikasi berkenaan.

Insiden ‘serangan’ ulasan ini pantas mengundang kecaman hebat daripada netizen di platform Threads yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai dangkal dan tidak menghormati…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: