PETALING JAYA – Pembangunan aplikasi e-dagang yang dikenali sebagai ‘Kongsi’ bakal membuka peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan untuk memasarkan produk mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.
Ini kerana kata Pengerusi Pertubuhan Kesatuan Organisasi Nasional Gabungan Saudagar Intelek SeMalaysia (SAUDAGAR), Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, aplikasi itu akan turut dikongsi di beberapa buah negara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia serta Jepun.
Lebih menarik katanya, aplikasi yang akan dilancarkan dalam tempoh enam bulan itu turut dilengkapi kemudahan ChatGPT sekali gus menjadikan satu-satunya platform e-dagang yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
“Sebagai permulaaan, kita menyasarkan kira-kira 200,000 pengguna yang akan memanfaatkan aplikasi ini selepas ia dilancarkan kira-kira enam bulan dari sekarang.
“Ketika ini, aplikasi ini sedang dibangunkan dan akan melalui tempoh percubaan. Selepas siap sepenuhnya, saya yakin aplikasi ini akan digunakan bukan sahaja di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
